SelangorToday

PM ANWAR SAMPAI SALAM TAKZIAH, MOHAMAD SABU WAKILI MALAYSIA MAJLIS PENGEBUMIAN PRESIDEN RAISI

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim siang tadi menghubungi Presiden Interim Rupublik Islam Iran, Mohammad Mokhber dan merakamkan ucapan takziah di atas pemergian almarhum Presiden Ebrahim Raisi 19 Mei lalu. Presiden Republik Islam yang dipilih pada tahun 2021 itu mengalami nahas helikopter bersama Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian. Dalam sesi tersebut, Anwar sempat mengimbau pertemuan sebanyak dua kali dengan Almarhum Presiden Raisi pada tahun lalu di New York dan Riyadh.

Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia memberi jaminan kepada Presiden Interim Republik tersebut bahawa Malaysia akan meneruskan komitmen yang dibuat kepada Iran di bawah kepimpinan Almarahum Presiden Raisi sebelum ini. Manakala Mokhber selaku Presiden Interim sebelum diadakan pemilihan Presiden yang baharu merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas peruusan budi dan takziah kepada negara beliau.

Anwar turut memaklumkan bahawa Malaysia akan menghantar seorang Menteri Kanan iaitu Mohamad bin Sabu ke Iran bagi menghadiri majlis pengebumian almarhum Presiden Raisi. Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merupakan pemimpin politik Malaysia yang mempunyai hubungan baik dengan pimpinan Republik Iran selain Iraq, Tukiye dan lain-lain.  – SelangorToday

Exit mobile version