Perdana Menteri membuat beberapa teguran berhubung proses reformasi perkhidmatan awam termasuk penggabungan agensi dan jabatan yang dilihat tidak memuaskan.
Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegur ketua jabatan yang belum mengemukakan laporan salah laku pegawai dan yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan awam.
“Penggabungan agensi dan jabatan belum berlaku dengan memuaskan. Pertindihan jawatan belum memuaskan.
“Laporan kelembapan dan kecuaian beberapa pegawai belum dilakukan,” katanya berucap di Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini pada Isnin.
Tegas beliau, langkah reformasi yang diumumkan sebelum ini perlu dilaksana dengan segera. “Kita mesti melakukan anjakan sebaiknya,”ujar Anwar. – Sinar Harian