SelangorToday

PM ANWAR TEMPELAK PIHAK TUNGGANG ISU KUIL, PENIAGA BELON

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyelar pihak menunggang isu kuil dan peniaga belon sebagai bahan politik.

Beliau yang juga menteri kewangan mendakwa ada pihak cuba menggambarkan seolah-olah perang akan berlaku susulan isu tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

—AZHAR MAHFOF/The Star

“Kita kadang-kadang terlalu diheret oleh media sosial kerana mereka suka sensasikan hal yang kecil, yang kita boleh tangani dengan baik, dijadikan besar seolah-olah perang akan berlaku.

“Jakel kena beli oleh Hindu. Jangan berikan ruang kerana sesetengah orang dia bebal dan tidak fikir kepentingan umum. Semuanya mahu dipolitikkan dengan cara menghukum.

“Bila tak setuju, kita semuanya (jadi) kafir dan munafik, semuanya jahat,” katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini. -FMT

Exit mobile version