SelangorToday

PM: SERU PENJAWAT AWAM PERTAHAN SELANGOR KUBU KERAJAAN PERPADUAN

56 57 32 54 53 32 54 54 32 51 50 32 56 48 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 48 32 57 55 32 49 49 48 32 57 55 32 51 50 32 55 55 32 49 48 49 32 49 49 48 32 49 49 54 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 53 32 52 52 32 51 50 32 54 56 32 57 55 32 49 49 54 32 49 49 49 32 50 50 54 32 49 50 56 32 49 53 51 32 51 50 32 56 51 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 53 32 51 50 32 54 53 32 49 49 48 32 49 49 57 32 57 55 32 49 49 52 32 51 50 32 55 51 32 57 56 32 49 49 52 32 57 55 32 49 48 52 32 49 48 53 32 49 48 57 32 51 50 32 49 48

Keampuhan Selangor sebagai antara negeri yang mencatat kemajuan dan prestasi terbaik di negara ini menjadikannya kubu kerajaan perpaduan, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penjawat awam Selangor yang menjadi tonggak pembangunan negeri dan negara harus mempertahankan keteguhan itu dengan mengamalkan tatakelola baik dan berhemah dalam melaksanakan tugas.

“Saya mengharap betul-betul kepada saudara saudari (penjawat awam Selangor) kerana Selangor ini kubu Kerajaan Perpaduan.

“Saya harap saudara saudari faham keperluan kita pertahankan bukan kerana sentimen atau jaminan upah tetapi kerana ini negeri yang mencatat kemajuan terbaik selain dari Sarawak.

“Bukan sekadar kekalkan kerajaan yang ada, kita sokong kerana kita tahu prestasinya dan komitmen untuk selamatkan negara kita,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Amanat Khas Bersama Penjawat Awam Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah yang dihadiri lebih 1,000 penjawat awam di sini. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis amanat khas PM bersama penjawat awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS)

Anwar berkata penjawat awam sebagai tonggak negeri dan negara harus berani dalam mengembalikan maruah dan imej Malaysia sebagai negara yang hebat di rantau ini.

“Kembalikan maruah kita sebagai satu negara hebat dan buktikan dengan usaha kita dalam setahun, dua, atau tiga tahun ini angkat martabat Malaysia sebagai negara hebat di rantau ini.

“Tengok prestasi Selangor, boleh (dan) boleh lagi kita angkat kerana Selangor mempunyai peranan penting dalam pertahankan induk dan kekuatan ekonomi negara. Sebab itu ramai orang nak rampas. Jangan bagi peluang dia mencelah,” katanya.

Exit mobile version