SelangorToday

PM10 BUKTIKAN BASMI KEMISIKINAN NADI KEBANGKITAN ISLAM – HASANUDDIN

Naib Presiden AMANAH, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus menyatakan keyakinan dan keterujaannya kepada kepimpinan Perdana Menteri ke-10 dalam membangunkan semula kedudukan Islam di negara ini. Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Langat menyatakan perasaannya di laman sosial beliau selepas beliau menghadiri  Majlis Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama` dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Meskipun kata Ustaz Hasanuddin bahawa sebahagian yang menghadiri program bersama Anwar Ibrahim semalam pernah menolak perjuagan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Tambun itu satu ketika dahulu, namun keterbukaan dan jiwa besar PM memulakan episod baharu dalam negara ini wajar dijadikan contoh pimpinan lain.

Anwar Ibrahim bersama para ulamak dan asatizah yang hadir di Kompleks Seri Perdana

Menyenaraikan keunikan yang diperoleh daripada perjumpan tersebut, Ustaz Hasanuddin dan Anwar Ibrahim juga buat pertama kalinya memasuki dewan Kompleks Seri Perdana itu sedangkan Anwar sudah pun menjadi PM memasuki sebulan. Kedua, PM kerajaan perpaduan itu bertekad untuk menjadikan sebahagian kediaman rasmi itu sebagai tempat berlangsungnya agenda bersama rakyat, aktiviti NGO dan lain-lain. Selain itu, walaupun media memainkan isu seolah-olah Anwar menekan Syed Mokhtar dalam isu peruntukan kepada pesawah, namun Anwar menyatakan perasaan bangga akan kesediaan konglomerat membantu golongan pesawah.

Anwar bersama Penasihat Umum AMANAH Nasional yang juga bekas Pengerusi Kesatuan Ulamak Malaysia, Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Hasanuddin, Naib Presiden AMANAH

Keterujaan Pengerusi Biro Kebajikan, Kemanusian dan Bencana Alam (BKKBA) AMANAH Nasional terserlah apabila melihat Anwar tidak melawan ‘kebodohan’ penghasut yang cuba memperbodohkan sebahagian pengikut mereka yang memakai serban dan jubah. Sebaliknya menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk memastikan rakyat miskin mendapat infaq daripada golongan koporat terkaya. Tambah Ustaz Hasanuddin, persoalan yang Anwar ajukan kepada para ulama’ dan asatizah bahawa salahkan beliau membantu golongan miskin termasuk kaum lain? Adalah satu terjemahan dalam ajaran Quran, Sunnah dan amalan para pejuang Sufi. – Selangor today

Exit mobile version