SelangorToday

PN GAGAL DIPILIH SEBAGAI SPEAKER DAN TIMBALAN SPEAKER DN SELANGOR

Perikatan Nasional yang mempunyai 22 orang Ahli Dewan Negeri Selangor gagal mendapat tempat sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor mahupun selaku Timbalan Speaker. Mengandaikan bahawa jumlah kerusi yang diperoleh PN dalam PRN Selangor Ogos lalu dikira membanggakan, PN dalam sidang pertama sesi khas Angkat Sumpah hari ini mencuba nasib dalam menduduki kerusi peneraju Dewan Negeri Selangor buat penggal kali ini.

PN telah mencadangkan dua nama untuk menyaingi calon Speaker dan Timbalan Speaker  daripada kerajaan termasuk Shafie Ngah ADN Sungai Ramal. Namun kedua – dua calon PN gagal mendapat majoriti  mudah untuk dipilih sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan. Sebaliknya bekas ADN Banting, Lau Weng San yang mewakili Kerajaan Perpaduan Selangor berjaya mendapat majoriti untuk di pilih sebagai Speaker. Pelantikan diumum Setiausaha Dewan, J. Gayathri di Bangunan Annex. Pencalonan Weng San dicadangkan oleh Ng Suee Lim. Bagi Timbalan Speaker pula, ADN Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Selangor.

Sebelum itu, ADN Hulu Kelang, Azmin Ali cuba membangkitkan pelbagai teguran kepada pihak Dewan Negeri melibatkan tatacara pengundian ahli Dewan bagi memilih Speaker dan Timbalan Speaker Dewan. Namun ia dapat diatasi oleh Setiausaha Dewan. Acara diteruskan dengan upacara angkat sumpah ahli Dewan yang didahului oleh Menteri Besar Selangor, diikuti 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADN Penyokong Kerajaan dan ADN Pembangkang. – SelangorToday

Exit mobile version