SelangorToday

PN PUNCA CETUS GELOMBANG KETIGA COVID-19,DR.DZUL TEMPELAK AZMIN

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menempelak kenyataan Ketua Penerangan BERSATU, Yang Berhormat Datuk Seri Azmin Ali dalam satu ceramah umumnya di Johor. Dr. Dzulkefly menyatakan bahawa punca utama berlakunya gelombang ketiga ini ialah Pilihan Raya Negeri Sabah yang merupakan peristiwa “super-spreader” yang menularkan coronavirus kepada seluruh negeri Sabah dan semenanjung Malaysia.

Azmin Ali, Ketua Penerangan BERSATU

Pengarah Strategik AMANAH itu menambah, bukan sekadar itu, PN juga gagal untuk menguruskan gelombang ketiga Covid-19 itu dengan cekap, cepat dan berkesan. Lebih malang lagi pelaksanaan darurat dan PKP 3.0 tidak mampu meredakan ledakan gelombang tersebut. Dalam masa yang sama Mantan Menteri Kesiahatan itu juga mendakwa PN banyak mencemari pengurusan pandemik dengan unsur politik yang jauh menyimpang dari kaedah sains. Maka ini adalah asas bahawa PN gagal menguruskan Covid-19.

Sebelum ini, Azmin Ali mendakwa bahawa kerajaan PN diiktiraf sebagai kerajaan yang berjaya mengawal Covid-19. Namun kenyataan balas daripada Dr. Dzulkefly telah melondehkan hal sebenar yang bertentangan dengan kenyataan Azmin Ali. Dr. Dzul menegaskan bahawa Fiqh Waba’, prinsip dan pengurusan waba` PN agak ketinggalan zaman, tidak kontemporari dan kurang idea yang bernas untuk menangani Covid-19.

Exit mobile version