SelangorToday

PN TIDAK BERSIH,MALAH GAGAL PIMPIN NEGARA- RAFIZI

Rafizi Ramli membuat ulasan awal terhadap tawaran yang diumumkan oleh Perikatan Nasional semalam. Kata Rafizi, keyakinan Mahiaddin Md Yassin dan PN yang menyatakan bahawa mereka adalah gabungan yang bersih dan stabil ditolak oleh rakyat mentah-mentah. Malah PN merupakan kerajaan yang gagal memerintah Malaysia selama 18 bulan. Calon HARAPAN Parlimen Pandan itu berhujah, dalam tempoh 18 bulan PN memerintah, Mahiaddin merupakan Perdana Menteri paling singkat memerintah dan hal ini merupakan bukti jelas bahawa PN bukanlah blok paling stabil. Tambahan pula, ketika era Mahiaddin sebagai PM dan Azmin sebagai menteri kanan lah, kes kematian Covid-19 berada di kemuncaknya. Melalui penubuhan kerajaan secara khianat kepada undi rakyat, mereka terpaksa bersatu antara satu sama lain meski bermusahan hanya semata-mata untuk mendapatkan jawatan.

Perdana Menteri paling singkat pemerintahannya

Menambah peluru serangannya kepada PN, selain PKP paling panjang dikuatkuasakan oleh Mahiaddin sehingga meranapkan kehidupan rakyat marhaen, kerajaan PN juga telah melaksanakan darurat paling lama sehingga mendapat pandangan kritis daripada Raja-Raja Melayu. Perihal tawaran PN untuk memberikan potongan bayaran semula PTPTN kepada graduan selain graduan Ijazah kelas pertama, Rafizi menempelak PN kerana tidak melaksanakannya semasa PN mengemudi PTPTN dan kerajaan. PTPTN sejak 2018 sehingga awal 2022 dipimpinan oleh Wan Jan selaku pimpinan BERSATU. Namun malangnya, tiada usaha yang cuba dilakukan oleh pihak Wan Jan mahupun BERSATU untuk menjayakan tawaran mereka sedangkan ketika itu mereka berkuasa penuh. Sebaliknya, Rafizi melihat tawaran tersebut sukar dilaksanakan apabila kedudukan kewangan negara semakin parah ketika ini setelah dipimpinan oleh Mahiaddin dan Ismail.

Jelas Rafizi yang juga pelopor kempen ‘Ayuh Malaysia’ itu, PN tidak mampu memperlihatkan wajahnya yang bersih apabila tiadak seorang pun pimpinan PN yang sanggup mengisytiharkan harta mereka seperti KEADILAN dan HARAPAN. Selain itu, setelah Rafizi dan HARAPAN melondehkan skandal LCS, yang melibatkan bekas ahli parlimen Mersing, Dr. Abd Latiff iaitu salah seorang pimpinan BERSATU, tiada seorang pun pimpinan BERSATU menafikan dakwaan tersebut. Pada masa akan datang, Rafizi berjanji untuk membongkar pula skandal yang melibatkan Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham yang juga pimpinan BERSATU. – Selangor Today

Exit mobile version