Site icon SelangorToday

(Video) POBA Sebagai Pusat Koordinasi Solidariti Rakyat

STNC-Fokus3

POBA. Ia satu nama yang agak asing pada mulanya. Namun, kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri di tanahair telah memperkenalkan POBA atau singkatan kepada Pusat Operasi Bencana Alam di tengah masyarakat ramai.

Ia beroperasi di bawah Biro Kebajikan, Kemanusiaan Bencana Alam, Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan seliaan mengikut peringkat nasional, negeri, parlimen dan seterusnya kawasan. Peranannya cukup besar sebagai pusat koordinasi pengurusan bencana alam dari aspek penyelarasan pelbagai bentuk bantuan dan khidmat sokongan secara tersusun, samada berbentuk barangan keperluan asas, pengagihan sumber tenaga sukarelawan dan banyak lagi.

Banjir besar yang melanda Hulu Langat pada 18.12.2021 sebagai contoh, telah membuktikan peranan penting yang telah dimainkannya. Di sinilah kita boleh melihat bagaimana ahli Amanah berperanan menterjemah kepedulian mereka untuk bersama saling membantu. Sudah tentu ia tidak terhad kepada ahli dan aktivis Amanah sahaja, kerana erjasama erat dapat dilihat pada hari-hari operasinya yang melibatkan jalinan padu antara POBA, Ahli Parlimen, Adun, Pusat Khidmatnya, agensi-agensi kerajaan, pihak keselamatan, pasukan badan beruniform, NGO dan orang ramai.

Selagi khidmat POBA ini diperlukan, pengurusan dan operasinya akan berterusan siang dan malam. Dalam konteks Hulu Langat sebagai antara kawasan yang teruk terkesan sehingga melibatkan beberapa rumah hanyut dan kehilangan nyawa, ayuh kita ikuti perkongsian ringkas dari pengarahnya, saudara Redzuan Khalib. 

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Begitulah asasnya. Secara tidak langsung, POBA juga berperanan sebagai pusat koordinasi solidariti rakyat.

Exit mobile version