SelangorToday

POBA TUNJANG AMANAH BANTU MANGSA BANJIR

Setelah bermesyuarat gerak kerja pada 22 Disember 2021, Pusat Operasi Bencana Alam (POBA) Parti Amanah Negara telah melancarkan gerak kerja secara rasminya ke seluruh tempat yang terjejas akibat banjir. Mesyuarat yang diketuai oleh Tuan Sabky Yusof yang merupakan Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional telah menyusun dan menyelaras gerak kerja bagi memastikan sumbangan tenaga, kewangan dan keperluan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membantu rakyat yang ditimpa musibah.

Di Selangor sahaja, 7 POBA telah dibuka untuk beroperasi melibatkan Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Sepang. Setiap POBA dilengkapi direktori penyelaras yang boleh dihubungi sama ada oleh orang ramai untuk menjadi sukarelawa mahupun menyumbang kewangan dan barang keperluan. Kata Tuan Mohd Yaszid bin Mat Raschid yang merupakan Penyelaras POBA bagi Parlimen Shah Alam memaklumkan, operasi POBA mungkin akan dijalankan sehingga Jumaat depan iaitu 31 Disember 2021. Manakala masa operasi dari 8 Pagi sehingga 9 Malam.

Manakala semalam 26 Disember 2021, POBA bersama ARiF yang merupakan NGO dibawah kelolaan Parti Amanah Negara telah melancarkan operasi pembersihan besar-besaran di Shah Alam yang dinamakan ‘Ops Bersih’. Operasi yang dilancarkan oleh YB Tuan Hj Mohamad Sabu, Presiden AMANAH itu melibatkan anggota ARiF, Pemuda AMANAH Nasional dan Sukarelawan untuk menjalankan operasi bersepadu pembersihan rumah.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version