SelangorToday

PRESTASI TERBAIK LIMA TAHUN MAZWAN JOHAR, HARAPAN YAKIN PERTAHAN SUNGAI RAMAL

Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal yakin mampu mempertahan kerusi itu sekali lagi dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos.

Mazwan Johar yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) mempertaruh rekod pencapaiannya dalam penggal lalu menyantuni rakyat dan menyelesaikan pelbagai isu setempat.

“Kempen saya berasaskan fakta, bukan sentimen. Jadi saya persilakan kepada pengundi lihatlah Facebook saya, rekod kerja saya dari 2018 sampai hari ini ada di sana.

“Bandingkan dengan rekod pesaing saya Mohd Shafie Ngah (calon Perikatan Nasional) kerana dia juga pernah jadi wakil rakyat (Bangi) dari 2013 hingga 2018,” katanya di sini.

Beliau ditemui selepas pengumuman calon di Dewan Utama Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat hari ini, yang menyaksikan saingan dua penjuru.

Dalam pilihan raya umum ke-14, Mazwan meraih 24,591 undi menewaskan dua calon lain iaitu Nushi Mahfooz dari PAS dan Abdul Rahim Mohd Amin (Barisan Nasional).

Exit mobile version