SelangorToday

PRK SG. BAKAP | LANGKAH CIKGU JOOHARI BERMULA, PERTEMBUNGAN  ‘SATU LAWAN SATU’

Langkah pertama calon HARAPAN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap telah bermula apabila Cikgu Joohari Ariffin diletakkan sebagai calon nombor satu pada kertas undi. Cikgu Joohari daripada Parti KEADILAN Rakyat(KEADILAN) mewakili HARAPAN sekaligus menjadi pihak yang bersekutu dengan Barisan Nasional atas nama PERPADUAN. Bekas Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara itu akan bertembung ‘satu lawan satu’ dengan calon Perikatan Nasional daripada PAS iaitu Abidin Ismail.

Proses penamaan calon bagi PRK DUN Sungai Bakap bermula hari ini pada jam 9.00 pagi dan ditutup pada jam 10.00 pagi. Selain Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi HARAPAN Negeri, Chow Kon Yew, perarakan calon HARAPAN turut disertai oleh Timbalan Pengerusi HARAPAN, Mohamad bin Sabu, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir, Ketua Setiausaha HARAPAN, Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden AMANAH, Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Di sebelah PN pula, Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang dan pimpinan PN turut bersama.

Sepintas lalu latar belakang Cikgu Joohari, beliau merupakan bekas pendidik yang pernah menabur bakti di sekolah-sekolah sekitar Nibong Tebal selain sekolah di Negeri Kedah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Kepengetuan dari Universiti Malaya pada tahun 2004, beliau mula menjadi pemimpin atau pelatih kepada guru-guru yang bakal dilantik sebagai pemimpin pendidikan. Cikgu Joohari juga dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah Kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia(USM) dalam bidang Kepimpinan Pendidikan. Pelbagai anugerah yang beliau kecapi dan kini mahu diberi peluang berbakti di Sungai Bakap. – SelangorToday

Exit mobile version