SelangorToday

PRN JOHOR | ANAK ALMARHUM NIK AZIZ, USTAZ NIK OMAR AJAK RAKYAT JOHOR UNDI PH

Anak kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Ustaz Nik Omar menyeru rakyat Johor mengundi calon Pakatan Harapan dan KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri Johor. Ustaz Nik Omar turun berkempen memenangkan calon PH N49 Kota Iskandar, Sr. Hj Dzulkefly Ahmad b aru-baru ini. Bekas Yang Dipertua YADIN itu dipilih sebagai Calon AMANAH di DUN Chempaka Kelantan itu menyertai pimpinan PH yang lain berkempen di Johor.

Kata anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu, beliau menyeru rakyat Johor keluar mengundi awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk 5 tahun sekali.  Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan sabtu ini 12 Mac 2022 itu menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan negeri yang baru selepas PRU 2018. Ustaz Nik Omar memohon agar pengundi N49 Kota Iskandar memberikan undi mereka kepada penyandang kerusi tersebut.

Hj Dzulkefly merupakan Exco Perumahan dan Komunikasi Negeri Johor ketika PH memerintah Johor tahun 2018 sehingga 2020. Beliau yang juga Naib Pengerusi AMANAH Johor itu berpengalaman luas dalam bidang perumahan dan infrastruktur seterusnya mampu melaksanakan tugas sebagai Exco yang berjaya.

Exit mobile version