SelangorToday

PRN JOHOR | ANWAR SOUND SPR LANGKAU KUASA KKM DAN MKN

Semasa berkempen di DUN Larkin baru-baru ini, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang hanya menegur beliau tidak memakai pelitup muka semasa berucap. Beliau yang juga Presiden KEADILAN sedang berucap berkempen untuk calon KEADILAN –PH di DUN Larkin, Dr. Zamil didatangi seorang petugas SPR ataupun KKM menegur beliau perlu memakai pelitup muka ketika berucap.

Mulanya Anwar Ibrahim menerima teguran tersebut, kemudian beliau meminta petugas tersebut menunjukkan dimana butir SOP yang menyatakan perlu memakai pelitup muka semasa berucap. Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau merupakan ketua pembangkang yang berbahas di Dewan Rakyat, namun Tuan Yang Dipertua Dewan membenarkan ahli yang mahu berucap untuk membuka pelitup muka. Tegas beliau, ini adalah SOP yang dibuat oleh KKM bersandarkan fakta dan data. Mengapa SPR mahu menjangkau bidang kuasa KKM?

Dalam kenyataan berasingan, Anwar Ibrahim menempelak UMNO-BN yang mahu diadakan Pilihan Raya diadakan sedangkan jangkitan Covid-19 masih tinggi. Apa perlunya pilihan raya ini jika diadakan dalam serba-serbi ketat dan sarat untuk menyusahkan pembangkang berkempen bertemu rakyat. Semata-mata mahukan kuasa yang lebih, ada pihak sanggup menggadaikan situasi semasa untuk diadakan PRN.

Exit mobile version