SelangorToday

PRN JOHOR | BEKAS EXCO PENDIDIKAN JOHOR PERTAHAN DUN PARIT YAANI

Bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor, Cikgu Aminolhuda akan mempertahankan kerusi DUN Parit Yaani dalam PRN Johor kali ini. Cikgu Aminolhuda yang merupakan Exco Kanan semasa PH memerintah Johor dahulu akan bertanding di sana selaku penyandang selama 2 penggal berturut-turut. Beliau juga menjadi Ketua Pembangkang semasa DUN Johor dibubarkan.

Cikgu Aminolhuda, calon PH DUN Parit Yaani

Beliau menegaskan, PH perlu diberikan peluang memerintah Johor buat kali kedua kerana banyak perkara yang telah direncanakan untuk membantu rakyat terbantut apabila Langkah Sheraton berlaku. Beliau yang satu ketika dahulu berjaya menyelesaikan masalah pertelingkahan besar antara ibubapa murid yang dirotan dan guru terlibat mahu pendidikan anak-anak Johor terus diberi perhatian. Cikgu Aminolhuda merupakan anak jati Parit Yaani dan pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah serata Johor.

Pengerusi PH dan AMANAH Johor itu merupakan figura yang bertanggungjawab menstabilkan politik di Johor apabila kerajaan BN/PN hanya tinggal beberapa kerusi sahaja berbanding pembangkang di DUN Johor.  Dengan kewibawaan Johor, kerajaan Johor berjaya bertahan  ketika pandemik melanda sehinggalah BN dan PN sendiri membubarkan DUN Johor.

Exit mobile version