SelangorToday

PRN JOHOR | DR. MASZLEE MAHU BAWA JOHOR JADI NEGERI PENDIDIKAN

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang, Dr Maszlee Malik mahu jadikan Johor sebagai negeri berpendidikan setaraf dengan Singapura. Beliau berkata, Johor perlu menjadikan Singapura yang merupakan negara termaju di Asia Tenggara. sebagai kayu ukur untuk menyasarkan peluang pendidikan sekata dan berkualiti bagi negeri tersebut.

Tambahnya yang pernah menjadi Menteri Pendidikan, pendidikan bukan hanya sekadar terletak di tanggungjawab kerajaan pusat tetapi juga kerajaan negeri. “Tekad saya kali ini untuk menjadikan Johor sebagai negeri berpendidikan dan ini menjadi agenda utama yang kita ingin sasarkan. “Mungkin ada yang mengatakan pendidikan ini milik kerajaan pusat tetapi kerajaan negeri boleh menyediakan prasarana ekosistem, fasiliti dan juga insentif untuk memungkin pendidikan tidak diabaikan dan menjadi agenda utama.”

“Selangor contohnya dah melakukan banyak insentif daripada kelahiran sehingga kematian antaranya pendidikan, tuisyen percuma, sumbangan one-off ke institut pengajian tinggi (IPT) dan sekarang mereka pergi kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). “Di Johor saya boleh mewujudkan ekosistem pendidikan tersebut dan mungkin lebih daripada itu,” kata Ahli Parlimen Simpang Renggam

Exit mobile version