Kejayaan BN memenangi 40 buah kerusi di Johor sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri bukanlah sebuah kejayaan yang mutlak. Hakikatnya pengundi yang menunaikan tanggungjawab hanyalah antara 50% hingga 56% sahaja. Ini membuktikan bahawa kemenangan itu bukanlah sokongan menyeluruh daripada rakyat Malaysia. BN hanya mendapat 43% undi sahaja dalam PRN baru-baru ini.
Kata Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara(AWAN) Nasional, Aiman Athirah, bahawa jumlah yang keluar mengundi adalah 2,599,797 undi. Manakala jumlah undi yang diperoleh BN adalah 1,426,573 undi. Bererti hanya separuh sahaja yang mengundi BN manakala selebihnya mencapai 57% adalah yang menolak BN.
Oleh itu, beliau menyatakan adakah ini kejayaan mutlak BN dan keseluruhan rakyat Johor mengundi BN? Kegagalan mengalahkan BN dalam PRN kali ini hanyalah kerana berpecahnya undi pembangkang kepada pelbagai penjuru menyebabkan BN memperoleh undi tertinggi dalam setiap DUN dan mengaut 40 kerusi.