SelangorToday

PRN JOHOR | HANYA UNDI PH SAHAJA MAMPU TUMBANGKAN BN

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Tuan Hj Khalid Abd Samad menegaskan, hanya mengundi PH sahaja mampu menumbangkan BN di Johor dalam PRN kali ini. Beliau berkata, ini kerana PH mempunyai undi asas yang diperoleh dalam PRU 2018 yang lalu. Jelasnya, di Melaka, undi BN tidak bertambah, manakala undi PH berkurang akibat langkah khianat PN ditubuhkan. Maka sokongan PH kekal berasas Cuma berkurang. Oleh itu, PH sudah cuba memastikan penjuru dalam PRN kali ini diminimakan dan selepas penamaan calon,itulah keputusannya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menyatakan strategi PH sekarang adalah memastikan pengundi mengundi PH untuk menolak BN. Hal ini kerana PN adalah pakatan yang ditubuhkan selepas PRU, undinya diperoleh oleh ahli PAS. Jika pengundi mengundi PN ia tidak mampu mengalah BN dan BN kekal berkuasa. Jika pengundi mengundi PH, ia mampu menumbangkan BN, kata beliau sambil memaklumkan, dalam PRN Melaka, BN mendapat 38% undi, PH 37% dan PN 25%. Jika rakyat membulat tekad untuk menumbangkan BN, undilah PH kerana jarak sokongan antara BN dan PH sangat dekat.

Sambil itu, mantan Menteri Wilayah itu mahu PRN kali ini diberikan tumpuan hanya kepada BN dan PN, dan melupakan seketika parti-parti yang lain. Beliau menggunakan hujah yang sama, parti-parti yang baru masuk bertanding tanpa pakatan apa-apa masih belum ada sokongan yang kukuh untuk menumbangkan BN.

Exit mobile version