SelangorToday

PRN JOHOR | KERAJAAN BN/PN GAGAL BANTU RAKYAT, BENARKAN PENGELUARAN KWSP

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kerajaan membenarkan pengeluaran wang simpana KWSP kepada rakyat yang memerlukan jika kerajaan tidak mampu memberikan insentif bantuan kepada mereka. Hari semakin berlalu, malah banjir kali kedua telah melanda ibu kota dan Lembah Klang, oleh itu rakyat semakin terhimpit bertimpa-timpa. Sudahlah kerajaan tidak mampu membantu mereka malah melarang mereka menggunakan duit mereka sendiri. ia memuncakkan permasalahan rakyat.

Presiden KEADILAN dan Pengerusi PH itu menambah, kerajaan BN dan PN telah gagal menggembleng usaha kearah memulihkan semula keadaan rakyat. Covid-19 dan banjir telah memperlihatkan keadaan BN dan PN hilang dari radar bagi mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan diri. Oleh itu, lebih baik pengeluaran wang simpanan KWSP itu dibenarkan. Beliau berucap ketika menyampaikan ceramah sempen kempan PRN Johor baru-baru ini.

Pemimpin BN turut mendesak agar pengeluaran wang simpanan KWSP ini dibenarkan, namun yang peliknya, Perdana Menteri sertase bahagian ahli kabinet adalah pimpinan BN sendiri. bagaimana mereka dalam BN tidak sepakat dalam membuat keputusan yang berkaitan kepentingan rakyat ini.

Exit mobile version