- Pilihan Raya Negeri Johor bakal diadakan 12 Mac 2022 ini bakal menyaksikan pertembungan besar dari pelbagai kelompok. Parti pemerintah Johor sebelum ini BN dan PN hampir pasti berpecah setelah BN mengumumkan untuk bertanding secara solo dan tidak mahu berkongsi kuasa lagi bersama PN. PH pula sebagai parti yang dikhianati Februari 2020 akan cuba sedaya upaya untuk kembali memerintah dengan formula khemah besarnya.
- Apa yang ingin penulis bangkitkan dalam PRN kali ini, adalah tentang Negeri Johor itu yang punya ramai mantan-mantan menteri dan timbalan menteri khusunya PH. Setelah Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Dr. Maszlee Malik dicalonkan sebagai Calon PKR-PH DUN Layang-layang, maka penulis yakin, PRN kali ini akan menjadi satu ujian sokongan bagi menteri PH yang pernah tertegak selama 22 bulan itu.
- Persoalannya, ramai pihak menyatakan imej PH selama 22 bulan sangat buruk. Sehingga apabila kerajaan PH jatuh pada Februari 2020, masyarakat umum tidak berduka. Kini memasuki PRN dengan membawa ketokohan legasi Menteri PH, mampukah ia memikat kembali hati orang Johor memilih PH seperti Mei 2018?
- Perlu diakui imej Dr. Maszlee sedikit menjunam ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan hasil tangan kotor parti perkauman dan agama. Tetapi setelah Dr. Maszlee meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan(pelbagai spekulasi) lalu terjadinya Langkah Sheraton, Dr. Maszlee kembali menjadi sanjungan ramai termasuk dikalangan guru-guru. Kegagalan pak menteri yang berada di KPM telah melonjakkan nama beliau, guru-guru sendiri akui banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Dr. Maszlee menyebabkan mereka kekal menyokongan Dr. Maszlee. Kepimpinannya akan teruji dalam PRN kali ini.
- Gagal mentadbir dan memimpin itu atas nilai apa? Adakah dengan 22 bulan sahaja memerintah(tidak habis penggal) ia telah dikira gagal? Bagi penulis ia tidak adil. Begitulah yang penulis lihat kepada Salahudin Ayub semasa beliau menjadi Menteri Pertanian dulu. Yang beliau sebut A, namun diumumkan B. Hasil permainan pemanipulasi kaum dan agama yang menyebabkan Salahudin dikira sebagai gagal. Sedangkan apabila dibentangkan Kad Laporan Tahunan beliau kepada umum, banyak perubahan kearah kebaikan telah pun dibuat, hanyak belum berhasil sahaja (makan masa). Walau dicemuh kerana menangis saat membaca surat dari petani, namun itulah hakikatnya, Salahudin punya hati yang memahami rakyatnya. Turunkah Salahudin sebagai calon kali ini? Mampukah beliau membawa semula momentum Mei 2020 lalu dalam PRN kali ini?
- Kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar dalam satu bengkel Media baru-baru ini bersama penulis ada menyatakan bahawa isu nasional kurang memberi impak dalam PRN. Cuma penulis menganggap ketokohan ahli parlimen masing-masing semasa menjadi menteri mampu mempengaruhi sokongan pengundi kepada mereka. Di Johor, ia pertembungan antara Menteri MOSTI PH dan BN. Yeo Bee Yin di Bakri dan Adham Baba di Tenggara. Adakah Yeo akan diturunkan sebagai calon? Manakala Adham sudah mengumumkan tidak bertanding. Mampukan kejayaan Yeo mengatasi masalah Sungai Kim Kim di Johor semasa kepimpinan beliau mempengaruhi pengundi Johor. Yeo juga seorang diiktiraf diperingkat antarabangsa apabila jurnal Sainsnya diiktiraf.
- Akhirnya, mata pengundi pasti akan sedikit terdorong kepada Syed Saddiq sosok yang akan mula membawa partinya bertanding dalam PRN kali ini. Perlu diakui bahawa Undi 18 yang dikuatkuasakan dalam PRN kali ini adalah bertitik tolak daripada usaha beliau ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan. Walau apa pun kecaman kepada beliau, ucapan penghargaan perlu diberikan kepada beliau atas usaha menganjak paradigma politik negara lebih maju kedepan. Belum pasti beliau akan turun sebagai calon atau tidak. Namun popularitinya akan dibuktikan dalam PRN kali ini melalui kerusi-kerusi yang MUDA tandingi.
- Mampukah legasi Menteri PH 22 Bulan merempuh BN dan PN dalam PRN kali ini? Sejauh manakah nama buruk PH seperti yang didakwa? Pertarungan kini hampir bermula.
Oleh,
Cikgu Syazmir HN