SelangorToday

PRN JOHOR | PENGUNDI PERLU KELUAR BERAMAI-RAMAI DAN UNDI PH, BN AKAN TUMBANG

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan dengan langkah pengundi untuk keluar mengundi beramai-ramai mampu membantu menumbangkan BN buat kali kedua setelah BN tumbang dalam PRU 2018. Guan Eng memaklumkan, ramai penganalisis politik memberikan pandangan bahawa jika kadar peratusan keluar mengundi melebihi 65% akan membolehkan PH membentuk kerajaan Johor 12 Mac ini.

Meskipun pandangan penganalisis itu senang untuk ditelaah, namun Mantan Menteri Kewangan itu berharap rakyat Johor bersedia menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi dan mengundi PH. Beliau yang memerlukan SOP yang ditetapkan oleh SPR untuk perlu memakai pelitup muka semasa berucap sedangkan di Parlimen tidak perlu memakai pelitup muka ketika berucap itu berucap ketika berkempen di DUN N49 Kota Iskandar.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah pimpinan PH termasuk Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Adly Zahari, Mahfuz Omar, Aminolhuda dan Dr.Dzulkefly sendiri selaku calon PH N49 Kota Iskandar.

Exit mobile version