SelangorToday

PRN  JOHOR | PEROMPAK DIIRING 30 KENDERAAN UNTUK BERKEMPEN

Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Tuan Sany Hamzan terkejut apabila melihat pemimpin yang telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahkamah, tetapi diiring berpuluh-puluh kenderaan untuk berkempen di Johor. Dalam ceramah sempena kempen PRN Johor, beliau mempersoalkan adakah rakyat Johor sudah tidak kisah dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh bekas pemimpin negara tersebut?

Pengarah Mobilasi AMANAH itu, menambah pihak berkuasa seperti PDRM terpaksa bertugas mengiring pemimpin koruspi tersebut kemana-mana sahaja, sedangkan banyak tugas lain yang boleh dilakukan oleh PDRM yang mampu mendatangkan manfaat kepada rakyat. Malaysia satu-satunya negara yang membenarkan perompak bermaharaja lela berkempen di Johor sambil diiring oleh polis.

Bekas Ketua Pemuda AMANAH itu menyatakan Pakatan Harapan membariskan pemimpin yang jujur, amanah dan ikhlas memperjuangkan nasib rakyat, mengapa rakyat Johor perlu menyokong pemimpin perompak tersebut. Maka, Sany menyeru agar rakyat Johor keluar mengundi dan memberi undi kepada calon PH dan rakan-rakan. Beliau memberikan ceramahnya ketika berkempen di Bukit Pasir.

Exit mobile version