SelangorToday

PRN JOHOR | SPEAKER DUN JOHOR PERTAHAN PH DI PULAI SEBATANG

Suhaizan Kaiat bukan nama asing dalam arena politik. Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor ini yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor adalah calon PRN Johor di DUN Pulai Sebatang. Ia merupakan percubaan Suhaizan kali keenam untuk bergelar ‘Yang Berhormat’.

YB Suhaizan Kaiat, calon PH DUN Pulai Sebatang

Sebelum ini beliau pernah bertanding di DUN Parit Sulong pada PRU 2004, diikuti DUN Kempas pada tahun 2008 dan 2013, kemudiannya Parlimen Simpang Renggam pada tahun 2013 dan DUN Kukup pada tahun 2018. Pengarah Pembangunan Sumber Manusia AMANAH Nasional itu bersyukur kerana diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan partu untuk bertanding di kerusi DUN Pulai Sebatang bagi menggantikan penyandang kerusi ini Muhammad Taqiuddin Cheman yang bertanding di DUN Mahkota, Kluang pada PRN Johor kali ini.

Kebanyakan penduduk Pulai Sebatang  majoritinya masyarakat Melayu. Aktiviti ekonominya tertumpu kepada pertanian, perikanan dan sektor pembuatan perkilangan. Kerusi DUN di sini pernah dimenangi Taqiuddin pada 2018. Maka Speaker DUN Johor itu bersedia memikul tanggungjawab untuk pertahankan kerusi ini.

Exit mobile version