Kempen calon Pakatan Harapan (PH) DUN N49 Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad diserbu pihak berkuasa walaupun masih mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semasa serbuan yang disertai pegawai polis dan SPR, Dzulkefly berkempen secara dalam talian menerusi program LIVE NGETEH KOTA ISKANDAR, malam tadi.
Dalam program itu, Dzukefly yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor membincangkan tentang masa hadapan Kampung Pulai Mutiara yang terletak dalam DUN tersebut. Kira-kira 30 hadirin turut menyertai program tersebut bermula selepas Maghrib dengan majlis doa selamat serta perasmian butik kecantikan yang terletak berdekatan lokasi kejadian.
Sumber memberitahu Johorkini, hasil rundingan pihak Dzulkefly dengan pihak berkuasa telah mendapat kerjasama yang baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Dzulkefly merupakan penyandang DUN Kota Iskandar apabila menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2018 dengan majoriti 14,543 selepas menewaskan pesaing Mohd Khairi A Malik (BN) dan Sallehuddin Mohd Dahiran (Pas).
Para pengundi yang berada di luar Johor diharapkan pulang mengundi untuk memilih calon wakil rakyat di tempat masing-masing. Sekiranya pengundi berdepan kesukaran untuk pulang mengundi, sila layari johorngundi.com untuk mendapatkan bantuan atau memberi sumbangan.