SelangorToday

PROGRAM 1BESTARI.NET ADA UNSUR RASUAH

Pengerusi AMANAH Selangor, Yang Berhormar Ir. Izham Hashim menyatakan bahawa program 1 bestari.net yang merupakan inisiatif teknologi untuk sistem pendidikan semasa Tan Sri Mahiaddin Yasin menjadi Menteri Pendidikan mempunyai unsu rasuah dan penyelewangan. Beliau menegaskan, perbelanjaan program tersebut memakan jumlah 4.5 billion. Namun, 1 billion sahaja yang digunakan untuk perbelanjaan tersebut, manakala selebihnya diagihkan kepada kroni-kroni yang terlibat dalam program tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah itu menyatakan kekecewaannya apabila masyarakat tidak sensitif dalam isu rasuah. Malah masyarakat boleh menobatkan seorang perasuah sebagai hero mereka. Sambil menambah lagi, strategik mengalihkan isu itu kepada isu perkauman menyebabkan masyarakt tidak terpengaruh dengan isu rasuah berbanding isu perkauman.

Maka Ir. Izham menegaskan bahawa AMANAH mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengekang budaya rasuah dinegara ini. Usaha tersebut perlu dan ia merupakan prinsip yang dipegang oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Exit mobile version