SelangorToday

PROGRAM ‘HARI PEDULI’ &  ‘SALAM RAMADAN’ AMANAH SELANGOR DAPAT SAMBUTAN

AMANAH Selangor melalui Biro Kebajikan,Kemanusian dan Bencana Alam (BKKBA)nya telah menganjurkan program ‘Salam Ramadan’ sekitar Negeri Selangor sempena Bulan Ramadan. Terkini, BKKBA AMANAH Sealngor menganjurkan Program ‘Salam Ramadan’ dianjurkan di Pasar Rahmadan yang terletak berhadapan Masjid Asy-Syarif Meru, Klang.

Dalam program tersebut, BKKBA AMANAH Selangor mengagihkan bekalan kurma kepada penduduk sekitar klang yang berkunjung ke pasar tersebut. BKKBA AMANAH Selangor diketuai oleh Timbalan Pengerusi Bironya Hj Halim Redzuan. Manakala Tn Hj Abd Razak Abd Rashid mewakili pimpinan kawasan selaku Ketua Kawasan AMANAH Kapar. Turut serta pimpinan AMANAH Negeri Selangor dan AMANAH Kawasan Kapar.

Sebelum ini, BKKBA juga telah menganjurkan ‘Hari Peduli’ AMANAH bersama AMANAH Selangor di Parlimen Sabak Bernam. Fokus ‘Hari Peduli’ adalah untuk meringankan beban rakyat Selangor dengan menyediakan bahan-bahan mentah yang menjadi keperluan rakyat. Program tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk Sabak Bernam. Sesungguhnya, nasib yang menimpa rakyat merupakan kecaknaan yang dibawa oleh AMANAH Selangor. AMANAH Selangor membantu sebaik mungkin untuk meringkan beban mereka.

Exit mobile version