SelangorToday

PROGRAM SOLIDARITI KEPADA PALESTIN DI SHAH ALAM TETAP DITERUSKAN MESKIPUN HUJAN

Meskipun cuaca hujan dan mendung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam ahad lalu, namun ia tidak melunturkan semangat orang ramai untuk menyatakan solidariti mereka kepada rakyat Palestin. Program ‘Solidariti 4 Palestin’ yang dianjurkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia(Munsyid Malaysia) itu dihadiri kira-kira 1,000 orang. Program tersebut dihiasi dengan kibaran bendera Palestin serta laungan ‘Hancur Zionis dan Yahudi’ membakar semangat orang ramai untuk terus bertahan di program tersebut.

Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari. Selepas solat maghrib, solat isyak dan solat hajat serta alunan asma ul husna, program tersebut juga menampilkan persembahan kumpulan nasyid terkenal seperti Brothers, Saff-One dan Inteam. Selain itu acara deklamasi sajak juga turut diadakan bagi mengambarkan keadaan yang berlaku di Palestin.

Hj Azli dan Anfaal juga turut mendeklamasikan sejak masing-masing sebagai tanda solidariti pemimin tersebut kepada perjuangan membebaskan rakyat Palestin di tindas oleh regim Zionis Israel. – SelangorToday

Exit mobile version