SelangorToday

PROJEK TANAM JAGUNG ATASI KENAIKAN HARGA AYAM, SELANGOR MULA LANGKAH

Kerajaan Selangor akan memulakan projek penanaman jagung untuk makanan ayam selepas Aidilfitri bagi mengatasi isu kenaikan harga makanan ternakan itu. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham hashim berkata projek tanaman di bawah Program Intervensi Ehsan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijalankan atas tanah seluas 400 ekar di Negeri Sembilan manakala 300 ekar lagi di negeri ini.

Menurut Pengerusi AMANAH Selangor itu, langkah itu juga bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan ayam yang ketika ini mencecah RM7 bilion dan disifatkan tidak munasabah. ADN Pandan Indah itu berharap perkara ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat agar isu harga ayam boleh diselesaikan, bukan setakat stabil tetapi diturunkan lagi. Memang terbukti berjaya.

Jika berjaya dilaksanakan, Selangor akan menjadi pelopor penghasilan jagung untuk makanan ayam, katanya kepada pemberita pada sidang media Jualan Prihatin Rakyat Mega di Pasar Tani Seksyen 13 di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek.

Exit mobile version