Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato Seri Amirudin Shari mengumumkan jalan utama ke Sungai Lui, Hulu Langat akan ditutup pada 27 Disember 2021. Berdasarkan laman sosial rasmi ADUN Sungai Tua itu, jalan itu akan ditutup mulai jam 8 hingga 10 pagi. Tambah beliau, penutupan jalan tersebut bagi membolehkan operasi mengangkut barang dan sampah yang melibatkan lori dan jentera untuk masuk ke kawasan Hulu Langat.
Untuk makluman, operasi pembersihan secara menyeluruh di Hulu Langat telah dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu. Proses itu melibatkan Kerjasama antara pihak kerajaan, peduduk setempat dan juga NGO yang bertindak sebagai sukarelawan disana. Hulu Langat yang menjadi antara kawasan paling terjejas teruk akibat banjir 18 dan 19 Disember lalu memerlukan pemulihan berskala besar. Oleh itu, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor itu mengarahkan semua agensi kerajaan Negeri dikerahkan untuk memulihkan keadaan di Hulu Langat.
Terkini, Menteri Besar Selangor itu memaklumkan sebanyak 48 buah lori ‘armroll’ telah bergerak ke Taman Seri Nading untuk mengangkut mengangkut serta membersihkan sisa banjir dan sampah setelah pembersihan besar-besaran. Kata beliau, data pergerakan lori itu dipantau secara langsung di Command Center KDEB Waste.
Oleh,
Cikgu Syazmir HN