SelangorToday

PSM AKUR KETETAPAN SISTEM 15 MATA

s 2-0 kepad-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akur dengan keputusan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berhubung penggunaan sistem kiraan 15 mata di semua kejohanan dan pertandingan yang akan mula dilaksana pada Februari depan.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, selaku ahli gabungan di bawah naungan badan induk sukan itu, beliau menerimanya dengan hati terbuka namun meminta agar pertimbangan lain dapat diambil dari sudut kiraan mata tersebut.

Susulan itu, PSM mencadangkan servis sepak mula ditukar dari tiga kali bergilir-gilir kepada dua kali.

Datuk Sumali berkata pada masa sama, pihaknya menyerahkan segalanya kepada ISTAF untuk memutuskan perkara berkaitan servis berkenaan.

September lalu, ISTAF mengembalikan sistem kiraan 15 mata berbanding 21 mata, dengan alasan berkait durasi permainan. – Berita RTM

Exit mobile version