SelangorToday

PTRS INISIATIF KERAJAAN SELANGOR ATASI ‘LOST GENERATION’

Angkatan Wanita AMANAH ( AWAN) Selangor mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan Negeri Selangor atas inisiatif meneruskan dan menjenamakan semula Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk kali ini. Program yang diwujudkan oleh Kerajaan negeri semenjak 2009 mampu mengatasi ketempangan sistem pendidikan yang berlaku sejak Covid-19 melanda.

Statistik yang dikeluarkan pada 11 Oktober 2020 juga menunjukkan kadar keciciran murid akibat Pandemik Covid-19 meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Antara faktor yang dapat dilihat adalah kekurangan pada pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). PdPR merupakan salah satu altenatif pembelajaran sejak PKP dikuatkuasakan, namun atas beberapa faktor antaranya capaian internet, kemahiran guru serta keupayaan murid untuk mempunyai kelengkapan PdPR menyebabkan PdPR gagal  mengatasi kecicran murid.

Maka AWAN Selangor melihat usaha kerajaan negeri menyediakan program PTRS wajar disokong. AWAN Selangor berharap program dan portal yang disediakan untuk PTRS boleh diperluaskan manfaatnya kepada semua murid termasuk golongan B40. Seterunya kepakaran guru-guru pencen dan penuntut IPT yang berkemahiran untuk membantu dalam PTRS bagi meminimakan impak negatif keciciran murid semasa PKP.

Exit mobile version