Pengerusi Parti AMANAH Negara Selangor, Tuan Hj Ir. Izham Hashim mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya khusus di Negeri Selangor. Beliau yang juga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor portfolio Pertanian dan Infrastruktur mengingatkan orang ramai supaya meraikan kemenangan di bulan syawal setelah berpuasa di Bulan Ramadan dengan penuh kegembiraan. Memetik hadis nabi yang diterjemahkan agar 1 syawal dilarang untuk berpuasa, ia sebagai tanda bahawa Hari Raya wajar diraikan.
Namun Bendahari Agung AMANAH Nasional ini bertegas agar kita semua beraya dengan penuh kesyukuran memadangkan tahun ini kita kembali meraikan Hari Raya dengan suasana endemik. Ia memberikan sedikit kebebasan kepada rakyat untuk bebas beraya namun perlu berwaspada. Oleh itu, kesyukuran perlu dipanjatkan kehadrat ilahi kerana gelombang pandemik Covid-19 semakin reda.
Akhirnya, ADN Pandan Indah itu menyatakan bahawa kesyukuran yang kita lakukan supaya kelak Allah SWT akan terus mengurniakan nikmat yang banyak kepada kita semua. Ir.Izham memohon kemaafan sempena Hari Raya ini.
Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Syawal kini menjelang kembali,
Ucapan kini pengganti diri,
Semoga keceriaan mewarnai Aidilfitri.