Rakyat Selangor berasa lega apabila beban kenaikan harga yang tinggi dikurangkan apabila kerajaan Negeri Selangor menganjurkan Jualan Prihatin melibatkan beberapa DUN di Selangor. Kenaikan harga barang yang tidak mampu dikawal oleh kerajaan persekutuan dibawah KPDN & HEP menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menganjurkan program sedemikian bagi memastikan rakyat Selangor terus barada dalam keadaan selesa dan mencukupi.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari ketika membuat tinjauan di salah satu tempat Program Jualan Prihatin menegaskan, meski harga yang ditetapkan dalam jualan ini lebih rendah, namun kualiti barang yang dijual tidak terjejas. Tambah Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, program di Sungai Tua itu merupakan lokaliti ke 8 diadakan sejak 28 Februari 2022.
Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu menambah, bahawa program akan diteruskan sehingga melibatkan 64 kawasan di seluruh Selangor sehingga Hari Raya Aidilfitri khas untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sebanyak 10,00 ayam, 3,100 kilogram daging segar, 6,200 kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur greb B dipasarkan sepanjang jualan.