SelangorToday

RANCANGAN INFRASTUKTUR DAN PERTANIAN SELANGOR AKAN DIKEMASKINI LEBIH MENYELURUH – IR. IZHAM

Exco Infrastuktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim berkata langkah pertama yang diambil selepas dilantik semula sebagai exco adalah melihat semula perancangan yang telah dirangka penggal lalu dan akan memperkemaskan mengikut penstrukturan bidang tugas yang baru hujung minggu ini. Beliau yang juga Pengerusi AMANAH Selangor menambah, di Selangor  Pelan Transformasi Agro Selangor(PETA) sebagai kerangka pembangunan pertanian Selangor akan dilihat semula supaya ia lebih berkesan dalam pelaksanaannya.

Kata beliau, dibawah portfolio beliau, ada beberapa bidang yang dikeluarkan dan diserahkan kepada exco lain manakala beberapa bidang baru diserap masuk dibawah kepimpinan beliau seiring dengan bidang yang diwujudkan diperingkat Persekutuan. Sebagai contoh, Ir. Izham diberi tanggungjawab baharu dalam menguruskan hal ehwal perladangan dan sektor keterjaminan makanan. Ia seiring dengan perubahan yang berlaku di peringkat persekutuan apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diubah kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.  Malah beliau berkata, setiap sektor tersebut akan mempunyai rancangan jangka sederhana dan panjang untuk memperkasakan sektor masing-masing.

Menyentuh soal cabaran utama sebagai Exco Infrastruktur, Ir.Izham berkata isu jalan-jalan tidak bertuan termasuk longkang tidak bernama adalah cabaran yang beliau hadapi sejak penggal lalu. Perlu disedari bahawa isu ini bukan mudah untuk diselesaikan memandangkan ia melibatkan aspek teknikal dan keterlibatan ramai pihak. Oleh itu ia perlu masa yang lebih untuk cabaran ini diselesaikan. ADN Pandan Indah itu juga menegaskan bahawa semua perancangan ini seiring dengan Rancangan Selangor 1 (RS-1) memandangkan RS-1 adalah kerangka umum, manakala setiap sektor akan melakukan perincian untuk pelaksanaan. – Selangor Today

Exit mobile version