Setiap perubahan yang berlaku dalam sesebuah negara akan bermula apabila rakyatnya sedar dan bersedia untuk melakukan perubahan. Jika hanya sebahagian politikus mahu lakukan perubahan,ia tidak mampu mengubah apa-apa. Maka rakyat adalah segmen paling berkuasa dalam melakukan perubahan pada negara ini. Begitulah seruan yang disampaikan oleh Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Selangor, Puan Rawiyah Zakaria semasa menyampaikan ucapan pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan yang diadakan di Pandan.
Beliau yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang memberikan contoh bahawa rakyat Turki sendiri yang mahu berubah setelah duduk dalam tempoh 60 tahun dibawah kepimpinan ekstrim sekular sejak kepimpinan Kamal Attartuk dengan memilih Erdogan sebagai pemimpin mereka. Walaupun anasir luar cuba mahu menggugat kepimpinan Erdogan, namun apabila rakyat mendokong kepimpinannya, ia tetap bertahan hingga kini. Oleh itu Rawiyah menyeru supaya rakyat jangan membiarkan situasi sekarang dibiarkan begitu sahaja sehingga merosakkan negara ini.
Beliau memaklumkan 2.9% merupakan balu yang bercerai atau terpisah. Ini menujukkan bahawa golongan ini juga tidak boleh dikesampingkan oleh kerajaan. Wajar dibantu dengan pelbagai skim bagi mereka memudahkan urusan mereka menjalani kehidupan. Kerajaan bertanggungjawab meminimakan beban yang mereka tanggung memandangkan mereka tidak mempunyai pasangan untuk memipin keluarga mereka.