SelangorToday

RAWIYIAH ZAKARIA RISAU KETAKSUBAN MELAYU AKAN MENGABURI SALAH GUNA KUASA DAN RASUAH

Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Selangor, Rawiyiah Zakaria menempelak pendekatan yang diguanakn oleh pimpinan UMNO dan PAS menjelang PRU yang akan diadakan dalam tempoh terdekat dengan memainkan sentimen melayu dan Islam sebagai modal mereka. Kata Rawiyiah, propaganda yang di rekayasa oleh pimpinan parti berasaskan melayu Islam itu hanya digunakan untuk mendapatkan undi orang melayu di kerusi-kerusi tegar mereka. Ketika membahaskan Pidato Presiden AMANAH di Konvensyen AMANAH Nasional minggu lalu, Rawiyiah yang mewakili AMANAH Selangor berkata, dengan permainan sentimen sempit ini, perbuatan jahat seperti salah guna kuasa, penyelewangan dan rasuah dapat dikaburi oleh mereka yang terlibat, malah janji untuk memajukan orang melayu akan kembali ditaburkan setiap kali berhadapan dengan PRU, hakikatnya melayu Islam dipermainkan oleh golongan pemanipulasi.

Rawiyiah Zakaria, Ketua AWAN Selangor

Lalu, Rawiyiah yang juga Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mencadangkan AMANAH membawa program silang budaya antara kaum yang menekankan juga kepada tadbir urus yang baik dalam kepimpinan negara. Usaha ini di yakini mampu membendung amalan ketuanan melayu sehingga mengizinkan amalan korupsi berlaku. Kedua, AMANAH juga perlu menjalinkan kerjasama atau berhubung dengan persatuan agama dan kebudayaan yang wujud di negara ini bagi membina persamaan dalam kepelbagaian. Dalam masa yang sama, beliau mahu AMANAH memobilisasikan sokongan anak muda dalam menekankan kerajaan agar tiada amalan diskriminasi kaum berlaku dalam setiap dasar yang dibentuk.

Sambil berbangga dengan perlantikan Naib Presiden AMANAH, Dr. Siti Mariah Mahmud selaku Exco Perpaduan Selangor buat pertama kalinya sejak Selangor berkerajaan,Rawiyiah berkata Selangor sedang dalam fasa akhir bagi melancarkan Dasar Perpaduan Selangor yang dijangka bulan DIsember ini. Katanya, dasar ini mampu membentuk sebuah amalan dan keadaan harmoni di negeri Selangor dan ia akan menjadi sebuah role model bagi negeri-negeri lain. Ini juga membuktikan bahawa AMANAH merupakan parti yang mampu menguruskan kepelbagaian dalam masyarakat majmuk seterusnya membina masyarakat yang lebih berjaya. – Selangor Today

Exit mobile version