SelangorToday

RAWIYIAH GARISKAN 5 TEKAD KEPIMPINAN AWAN SELANGOR AKAN DATANG

Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara(AWAN) Selangor, Rawiyiah Zakaria menggariskan lima tekad yang perlu diperkasakan oleh kepimpinan AWAN Selangor yang baharu setelah beliau memimpin sayap kanan AMANAH Selangor itu sejak 2017. Ketika berucap dalam Konvensyen AWAN Negeri Selangor di Shah Alam pada Ahad, beliau membayangkan kepimpinannya akan berakhir tahun ini, maka beliau menggaris tekad yang diharapkan menjadi panduan kepada kepimpinan baru AWAN Selangor. Beliau mahu AWAN Selangor menjadi barisan paling hadapan menyantuni pengundi wanita demi menambah sokongan kepada parti dan Kerajaan Perpaduan.

Kedua, Rawiyiah yang kini merupakan Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Kajang(MPKj) mahu AWAN Selangor menggerakkan jentera di lapangan bagi menambah keahlian parti AMANAH serta memperkasakan aspek latihan kepimpinan bagi mengukuhkan potensi AWAN hingga ke peringkat cawangan. Untuk rekod, AWAN Selangor berjaya memenangkan calon mereka dalam PRN Selangor baru-baru ini dimana Ketua AWAN kawasan Gombak, Anfaal Saari dan Naib Pengerusi AMANAH Selangor, Ustazah Mariam Abdul Rashid masing-masing dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Taman Templer dan Meru.

Rawiyiah juga mahu AWAN Selangor menjadi pasukan semak imbang kepada lantikan politik di peringkat negeri mahupun persekutuan bagi mengangkat nama AMANAH sebagai pemimpin yang kompeten. Akhir sekali, beliau mahu AWAN Selangor memperkasakan jentera penerangan dan komunikasi AWAN demi memastikan semua agenda pembangunan negeri dan parti dapat difahami dan membumi ke akar umbi. Beliau merakamkan penghargaan kepada kepimpinan AWAN Selangor yang sentiasa berpadu dibawah kepimpinan beliau dan mengharapkan AWAN Selangor terus maju pada masa hadapan. – SelangorToday

Exit mobile version