SelangorToday

RAYA AWAL : PERANAN MABIMS PERLU DIANGKAT LEBIH TINGGI

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor, Nabil Norhalim mengulas situasi negara kita yang beraya sehari awal berbanding kiraan yang telah dibuat melalui kalendar biasa. Selain perbezaan dari tarikh yang ditetapkan dalam kalendar, negara kita juga turut merayakan Aidilfitri lebih awal berbanding negara jiran kita Singapura. Nabil berkata, penetapan tarikh Hari Raya berdasarkan penampakan anak bulan di negeri-negeri di Malaysia. Dalam nada berjenaka, Ketua Pemuda AMANAH Kota Raja itu menyeru rakyat berterima kasih kepada rakyat Labuan, kerana jika tiada Labuan yang merupakan salah satu bandar tersenarai sebagai ‘nampak anak bulan’, rakyat Malaysia tidak akan beraya sehari awal seperti yang sedang berlaku.

Namun, Nabil melontarkan pandangan kritisnya bahawa ikatan diantara Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura sudah menjadi sebati tetapi janggal apabila Singapura tidak menyambut perayaan pada tarikh yang sama. Melalui Majlis Agama yang menggabungkan Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura, penyelarasan tarikh hari raya boleh dilakukan antara negara-negara berjiran ini. Kata beliau, peranan MABIMS sangat penting dan tidak boleh terhad kepada penetapan perkara teknikal, kriteria rukyah dan kalendar. Tapi perlu diangkat ke peringkat kuasa. Bekas Pegawai Exco Wanita Selangor itu menambah, alangkah baiknya kalau teknologi yang canggih, kamera berkuasa tinggi, data yang tepat lagi terkini di balai-balai cerapan antara negara-negara ini di kumpulkan, disatukan, Pakar-pakar ilmu falak, astronomi berbincang dan memutuskan secara syura.

Akhirnya Nabil berkata soal pengumuman raya, ia masih boleh di umumkan mengikut posisi dan tradisi negara masing-masing. Untuk makluman, MABIMS adalah majlis yang menghubungkan kementerian agama dari negara Indonesia, Brunei, singapura dan Malaysia.

Exit mobile version