SelangorToday

REFORMASI NEGARA BELUM MATI – HASBIE MUDA

Proses kearah reformasi negara sedang bergerak dan berada dilandasan yang tepat kata Ahli Dewan Negara, Senator Hasbie Muda. Tambah beliau agenda reformasi negara perlu dilihat secara keseluruhan dan ia bukan semata-mata mahu menobatkan seseorang sebagai Perdana Menteri sahaja. Sebaliknya agenda yang mencapai kemuncak sokongan rakyat pada tahun 1998 itu mahu membenteras amalan korupsi, nepotisme dan kronisme. Hasbie menjelaskan perkara tersebut dalam satu wawancara Program Rancangan Selamat Pagi Malaysia hari ini.

Hasbie yang juga Ketua Pemuda AMANAH Nasional menjelaskan lagi, meskipun agenda reformasi ini sangat besar untuk dibawa, namun beberapa aspek boleh dijadikan ukuran sama ada Kerajaan Perpaduan sedang menuju kearah reformasi tersebut. Antaranya Indeks Persepsi Rasuah yang bakal dinilia menjelang penghujung bulan Januari nanti. Selain itu, Indeks Kebebasan Media Malaysia juga mencapai prestasi yang membanggakan. Ertinya aspek-aspek yang akan meletakkan Malaysia kearah negara baru yang menjalani proses reformasi sedang berada dikedudukannya.

Menjawab dakwaan-dakwaan yang dilemparkan oleh pembangkang atas kegagalan Kerajaan Perpaduan, Hasbie berkata, usaha membangunkan negara ini bukan hanya pada batang tubuh kerajaan persekutuan sahaja, ia mesti dirangkul dengan kerjasama pihak kerajaan negeri. Contohnya, usaha memastikan produktiviti pertanian mencukupi di Malaysia, dalam perlembagaan, Pertanian diletakkan dibawah Senarai Negeri, ini bermaksud, kerajaan negeri berperanan besar untuk memastikan produktiviti makanan bertambah dan diseleraskan oleh kerajaan persekutuan. – SelangorToday

Exit mobile version