Persatuan Sekolah Islam Global (GAIS) akan menganjurkan GAIS Malaysia Retreat 2024 pada 29 September depan, yang akan menghimpunkan pemimpin dan ulama dari 25 buah negara dalam bidang pendidikan Islam. Dalam sidang media yang diadakan Selasa lalu, retreat tersebut bertemakan Kebangkitan Berakar Tradisi atau Revival Rooted in Tradition, yang diadakan itu dengan kerjasama International Centre for Educational Excellence (ICEE).
Ustaz Megat Mohamed Amin yang merupakan Ketua Setiausaha ICEE berkata, retreat itu merupakan acara penting bagi komuniti pendidikan Islam, menawarkan peluang unik untuk melibatkan diri dengan pemimpin yang juga pemikir dalam bidang pendidikan Islam. Jelasnya, hasil dari program retreat tersebut diharap dapat membangun kepimpinan strategik; meneroka integrasi Kecerdasan Buatan (AI); Pembelajaran peribadi dalam pendidikan Islam; dan peranan pendidikan dalam aktivisme.
Lebih menarik lagi, AIS International Educators Conference 2024 akan diadakan pada 28 September 2024 Sabtu di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Program tersebut telah mendapat kerjasama Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof. – SelangorToday