Minggu lalu, Shah Alam kembali ditimpa bencana alam apabila ribut melanda beberapa kawasan yang menyebabkan kerosakan beberapa bangunan. Namun, apa yang pasti, kehadiran Ahli Parlimen Shah Alam, Yang Berhormat Khalid Samad menjadi perhatian media. Hal ini demikian kerana, terdapat pemimpin politik UMNO mendakwa semasa Shah Alam dilanda banjir, Khalid Samad hilang dikawasanya. Hakikatnya, Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional itu sebenarnya ada dikawasannya mengagihkan makanan kepada mangsa banjir. Apabila dicabar menyatakan dakwaan itu di luar Dewan Rakyat, pemimpin politik itu hanya berdiam diri sahaja.
Maka kehadirannya baru-baru ini terus dikenalpasti dan terbukti bahawa dakwaan beliau tiada dikawasan semasa bencana melanda Shah Alam adalah palsu semata-mata. Berbalik kepada situasi terkini di Shah Alam, kira-kira 40 buah rumah terjejas dan mengalami kerosakan akibat angin kuat yang melanda Kampung Kebun Bunga batu 3, Shah Alam. Berdasarkan media sosial beberapa aktivis AMANAH, tiada kemalangan jiwa yang direkodkan dalam kejadian tersebut.
Gotong-royong dilakukan dikawasan tersebut yang diketuai oleh Khalid Samad sendiri bersama aktivis-aktivis Amal Arief Malaysia (ARiF) kawasan Shah Alam.