Pemimpin Parti AMANAH Negara, Ustaz Ridzwan Abu Bakar , menegur kenyataan yang didakwa disampaikan oleh dalam satu ceramah yang disiarkan menerusi Facebook “Pasir Putih Today”.
Menurut beliau, Nik Zawawi didakwa mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan beberapa sahabat Nabi SAW secara negatif ketika menghuraikan bagaimana Islam mengubah kehidupan manusia pada zaman jahiliah.
Ridzwan berkata, antara dakwaan yang disebut ialah kononnya seorang ceti dan pengamal riba sebelum memeluk Islam, manakala pula didakwa terlibat dengan perlakuan zina dan mengambil isteri orang sesuka hati.
Beliau menegaskan dakwaan sedemikian tidak bersandarkan kepada fakta sejarah Islam yang muktabar dan tidak ditemui dalam kitab-kitab sirah yang sahih.
“Carilah dalam mana-mana kitab sirah atau biografi berkaitan Abu Bakar As-Siddiq, kita tidak akan menemukan riwayat muktabar yang menggambarkan beliau sebagai seorang ceti atau pengamal riba seperti didakwa,” katanya.
Dalam kenyataan sama, beliau turut menjelaskan bahawa memeluk Islam ketika masih kanak-kanak dan dikenali dalam sirah sebagai antara individu terawal menerima Islam.
Menurutnya, usaha untuk menggambarkan kehebatan Islam dalam mengubah manusia tidak boleh dijadikan alasan untuk memfitnah atau memperburukkan para sahabat Nabi SAW.
“Jangan semata-mata kerana mahu menggambarkan kebaikan Islam lalu memfitnah orang lain, termasuk dalam kalangan kibarus sahabah,” tegas beliau.
Ridzwan turut mengingatkan bahawa masyarakat hari ini hidup dalam era keterbukaan ilmu dan mudah mengakses pelbagai sumber rujukan, justeru setiap penceramah perlu lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan fakta agama.
Beliau turut menyeru agar Nik Zawawi lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan berkaitan tokoh-tokoh besar Islam dan berharap Ahli Parlimen Pasir Puteh itu segera bertaubat atas dakwaan yang dikatakan tidak tepat tersebut.

