SelangorToday

RM10,000 KEPADA ATLET SELANGOR BERJAYA RANGKUL PINGAT EMAS SUKAN ASIA

Ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 buat atlet dari Selangor yang berjaya merangkul pingat emas dalam Temasya Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China seperti yang diumumkan oleh Mohd Najwan Halimi selaku Exco Sukan Selangor. Tambah beliau, bagi pemenang pingat perak dan gangsa pula, masing-masing bakal memperoleh intensif sebanyak RM7,000 dan RM5,000. Insentif ini diberikan sebagai tanda mengiktiraf kejayaan atlet Selangor yang mengharumkan nama negara.

Buat setakat ini, tiga atlet Selangor berjaya menyumbang pingat gangsa Sukan Asia iaitu Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal (olahraga 4×100 wanita), Addeen Idrakie dan Yuen Chee Wern (skuasy berpasukan lelaki) serta Muhammad Fadhil Mohd Zonis (berbasikal trek pecut berpasukan lelaki).

Pada temasya sukan ini, seramai 38 atlet Selangor mewakili negara untuk beberapa jenis sukan. Malaysia menyasarkan 27 pingat menerusi 13 jenis sukan pada temasya Sukan Asia yang bermula 23 September hingga 8 Oktober. Setakat 10 malam tadi, Malaysia berada pada kedudukan ke-15 dengan kutipan tiga emas, perak (empat) dan gangsa (16). – SelangorToday

Exit mobile version