Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menetapkan harga siling runcit minyak masak peket pada RM2 sekilogram (kg), di premis jualan seliaan PKPS bermula minggu ini. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, sebagai permulaan sebanyak 500 kilogram akan diperuntukkan di setiap premis dengan had sebanyak dua peket minyak masak bagi setiap pembelian.
Kerajaan Negeri sudah membuat keputusan bahawa minyak masak yang dijual pada harga pasaran sekarang iaitu RM2.43 satu kilogram maka akan dijual pada harga RM2 sekilogram kepada pengguna dan selebihnya kita akan tanggung untuk program intervensi. Namun Kerajaan Negeri akan hadkan jumlah pembelian minyak masak kerana ADN Pandan Indah itu kuatir yang datang membeli adalah penjaja, sedangkan kita mahu rakyat yang memasak di rumah yang mendapat manfaat.
Pengerusi AMANAH Selangor berkata pada sidang media di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik PKPS Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada Rabu. MOU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi dan Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Wisma PKPS di Seksyen 14, di sini.