SelangorToday

RM4 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK MURID TERJEJAS BANJIR KEMBALI KE SEKOLAH

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Amirudin Shari dibawah kesatuan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM4 Juta khusus untuk murid yang terjejas banjir. Peruntukkan itu akan diberikan kepada murid mangsa banjir supaya mereka boleh memperoleh kelengkapan sekolah seperti beg sekolah, pakaian sekolah dan buku-buku serta alat tulis.

Dijangka peruntukan tersebut mampu memanfaatkan seramai 40,000 murid sekitar Selangor. Kata Menteri Besar Selangor mekanisme pelaksanaan program tersebut sedang diperkemaskan dan akan dilaksanakan pada Februari nanti di setiap daerah melalui senarai nama ketua keluarga .

Tambah beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan capaian atau kajian penerima layak dibuat oleh Kerajaan Negeri, agensi serta pemimpin akar umbi seperti ketua kampung dan ahli majlis. Ia berharap inisiatif ini meringankan beban keluarga terkesan banjir.

Exit mobile version