SelangorToday

RM9 JUTA DIAGIHKAN KEPADA ANAK SELANGOR LANJUT PELAJARAN LEBIH TINGGI

Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Amiruddin Shari memaklumkan yang kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Harapan menyediakan RM9 juta untuk membantu anak-anak Selangor menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika menyampaikan Surat Tawaran Pinjaman Boleh Ubah di Ballroom, Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Bangunan SSAAS pada 8 Februari yang lalu.

Amirudin Shari beramah mesra bersama penerima Surat Tawaran

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor mengagihkan surat tawaran pinjaman tersebut kepada anak-anak Selangor yang layak melibatkan 117 orang pelajar. Tambah beliau, pendidikan merupakan asas penting kepada pembangunan sesebuah negara. Manakala kerajaan negeri Selangor amat cakna dan mengutamakan pendidikan sebagai agenda terpenting. Beliau yang juga memimpin portfolio Pendidikan di Selangor berharap agar inisiatif ini mampu memberi pulangan yang baik buat negeri Selangor khususnya membangunkan keluarga B40 keluar dari kepompong kesusahan itu.

Amirudin Shari ketika menyampaikan Surat Tawaran

Dikala negara sedang dilanda pandemik yang berpanjangan, ramai pihak mengkesampingkan aspek pendidikan berbanding isu ekonomi dan sosial setempat. Namun harus diingat bahawa jika pendidikan hari ini terabai, ia mampu meruntuhkan pembangunan negara akibat generasi yang keciciran pendidikan. Oleh itu, usaha negeri Selangor memperkasakan pendidikan meskipun negara sedang ditimpa musibah besar wajar dipuji.

Exit mobile version