Site icon SelangorToday

ROMBAKAN BESAR-BESARAN, 7 KSU BERTUKAR KEMENTERIAN

Sektor perkhidmatan awam menyaksikan perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi masing-masing berkuat kuasa esok dan 23 September ini.

Ia membabitkan perjawatan sembilan ketua setiausaha kementerian, satu timbalan ketua setiausaha kanan dan dua ketua pengarah.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata perubahan penempatan dan pelantikan baharu seiring hasrat melaksanakan reformasi perkhidmatan awam.

Beliau berkata ia menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu perkhidmatan awam, susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia juga manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada raja dan negara, dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut perubahan penempatan dan pelantikan baharu jawatan berkenaan;

* Berkuat kuasa 23 September 2024

* Berkuat kuasa 23 September 2024

* Berkuat kuasa 5 September 2024

* Berkuat kuasa 5 September 2024

* Berkuat kuasa 5 September 2024

* Berkuat kuasa 5 September 2024

* Berkuat kuasa 5 September 2024

* Berkuat kuasa 5 September 2024

* Berkuat kuasa 5 September 2024

* Berkuat kuasa 5 September 2024

* Berkuat kuasa 5 September 2024

* Berkuat kuasa 5 September 2024 – Berita Harian

Exit mobile version