SelangorToday

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PH GOMBAK MERIAH, DIHADIRI PELBAGAI KAUM

Rumah Terbuka Aidilfitri Gombak yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan Gombak meriah dengan kehadiran para hadirin di sekitar Gombak.  Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna AU5 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) itu dikendalikan oleh pimpinan dan aktiviti daripada Parti Amanah Negara Kawasan Gombak dan Parti Keadilan Rakyat Cabang Gombak.  Setelah dua tahun keadaan Covid-19 yang melanda negara menyebabkan rumah terbuka tidak diadakan, kini ia kembali dengan penuh kesyukuran dan pengajaran buat seluruh masyarakat.

ADN Hulu Kelang yang juga Ketua AMANAH Kawasan Gombak juga turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di majlis yang diadakan pada Sabtu. KEADILAN yang diwakili oleh Timbalan Ketua Cabang Gombak yang juga Penyelaras DUN Gombak Setia, Abd Rahim Kasdi turut hadir menyampaikan duit raya. Selain kehadiran anggota-anggota parti dalam Pakatan Harapan Gombak seperti Ahli-Ahli Majlis, anggota PebS, PWB dan Ketua-Ketua Kampung, rumah terbuka ini juga dihadiri oleh anggota masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama.

Banyak juadah-juadah yang disediakan untuk santapan tetamu. Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) Gombak juga turut menghadiahkan cenderahati hasil kerja tangan mereka berupa minyak wangi kepada para hadirin. Meski Gombak menjadi kawasan panas menjelang Pilihan Raya Umum KE-15, namun PH sebagai penyandang kerusi sejak 2008, kekal mendapat sokongan pada daripada kalangan masyarakat Gombak. Usaha yang dilakukan parti-parti lain dengan menjemput tokoh-tokoh utama mereka ke majlis aidilfitri masing-masing tidak menggugat langsung kekauatan PH di Gombak.

Exit mobile version