SelangorToday

RUU ANTI-LOMPAT PARTI : BN & PN PERLU BUKTIKAN KEIKHLASAN

Sukar untuk menentukan sama ada Barisan Nasional dan Perikatan Nasional ikhlas atau tidak mahu melaksanakan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti memandangkan BN dan PN sendiri terlibat dalam aktiviti lompat parti sehingga tumbangnya kerajaan PH. Namun  Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata langkah utama kerajaan adalah memberikan penjelasan mengapa penangguhan ini berlarutan sehingga 2,3 kali. Ketua AMANAH Kawasan Selayang itu menambah, walau apa pun kekangan, ia haus dimulakan segera sebelum proses penambahbaikan dilakukan kelak. Pokoknya, memulakan langkah pertama harus dilakukan sekarang.

Jika BN dan PN masih mahu bermain tarik tali dengan terus melengahkan usaha pelaksaan RUU ini, PH wajar memberikan amaran keras kepada kerajaan memandangkan ia telah termaktub dalam MOU antara PH dan Kerajaan. Selain itu, bekas Pegawai Khas Kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata, PH perlu bersedia untuk menamatkan perjanjian antara PH dan Kerajaan bila-bila masa jika pembentangan RUU ini menemui jalan buntu. Langkah ini boleh menekan kerajaan untuk membuktikan sama ada mereka ikhlas untuk melaksanakan RUU ini seterusnya ia dikotakan.

Menambah soal kewajaran RUU ini, Wan Anwar berpandangan RUU ini penting untuk memelihara sistem demokrasi negara disamping menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Langkah menumbangkan kerajaan pilihan rakyat dengan cara melompat parti akan memberikan kesan kepada kestabilan negara, maka ia akan mempengaruhi keadaan ekonomi khususnya pelaburan langsung asing. Namun beliau menekankan bahawa ketidakstabilan ini jelas memberikan kesan buruk kepada rakyat itu sendiri.

Exit mobile version