SelangorToday

RUU SUMBER AIR PERAK TUMPU KAWALAN PENCEMARAN SUMBER AIR – NIZAR

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PH-Gunung Rapat) membentangkan semula Rang Undang-Undang Sumber Air (RUUSA) sempena sesi persidangan kali ini.

Usul itu pertama kali dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) pada sesi Persidangan DUN Perak yang lalu telah dipersetujui lebih oleh ahli Dewan yang hadir pada Persidangan Keempat, Tahun Pertama DUN Perak ke-15 di sini.

Mohammad Nizar berkata, tiga isu utama menjadi intipati yang disentuh sepanjang tempoh berbahasan RUU itu iaitu Tadbir Urus Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak; Kawalan Penggunaan dan Pelesenan Sumber Air; dan Kawalan Pencemaran Sumber Air dan Penguatkuasaan.

Menurutnya, majoriti isu yang dibahaskan oleh ahli dewan adalah berkisar kepada tadbir urus Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak khususnya seperti keanggotaan Lembaga, pelantikan Pengarah, perwakilan kuasa oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan keperluan penubuhan badan kawal selia air.

Exit mobile version